VANYLLA'S LIFE

HELLO TO ALL OF YOU.SELAMAT DATANG KE BLOG Vanylla.. THANKS ..sila lah komen . sy mengharap komen anda .. ^^,

Thursday 9 August 2012

Tengkorak Kepala Terbelah !

hello.Assalamualaikum..(^,^)
tadi kat sekolah ada kawan adah sorang ni bawak lapy . diorang bagi kitorang tengok video mengerikan .
korang nak tengok video kepala orang terbelah??
kitorang mcm nak taknak jelah . tapi hati tetap rasa nak tengok.
nak tau ceritanya mcm ni .
ada group org putih ni main2lah kan kat tebing laut . sorang kwn lelaki ni saje la nak terjun . tapi tebing tu ada tembok . diorang taktau risikonya apa akan jd kalau main2 mcm tu .
laki tu terjun tak smpai ke laut tapi terkena tembok tu . bucu tembok pulak tu ! so, apa korang rasa?dia mati atau hidup??

tapi..dgn hati cekalnya dia naik tembok tu sendiri ! dgn mukanya yg dah terbelah dan parah . taktau lah rasanya mcm mana time naik ambulan tu tanpa bius,darah byk dgn terbelahnya lg . tapi dia tetap cekal nak HIDUP !

dekat hospital adah nmpak dgn jelas video tu . Alhamdulillah organ dlm kepala elok lagi . tengkorak je terbelah . tapi apa yg adah lihat sgt mengerikan . lelaki tu mengerang . adah boleh nmpak gigi,lidah,mata dan otak tapi hidungnya shj tinggal lubang .tengkoraknya hancur ! tapi boleh bernafas lg ! MasyaAllah ..
sampai sekarang adah teringat lg tau .. entah sampai bila lg.
jadi sbgai iktibar elakkanlah drpd perkara yg boleh membahayakan yg anda juga tahu .

oke.smpai sini je celoteh adah.. Assalamualaikum..

Kesempatan 10 Hari Sebelum Raya

hello..Assalamualaikum?
for a few month I did not post anything . im a lazy girl right?  hihi
so now,this is the the last ten of day before Hari Raya .. yeayy.. nak raya...
but..after a week of Hari Raya I have trial exam..ohh so cruel..I cant go to my friend's house.. :(
oke takpe lahh
utk manfaatkan 10 hari ni adah dah dinasihatkan oleh ibu adah supaya byk buat solat2 sunat..
ohh mum..baik sgt la ibu ni . sanggup berkorban utk adah . kalau ibu sggup kenapa adah tak sggup kan?
so..adah pon tunaikanlah solat tahajud ngan solat hajat tu lepas 12tgh mlm . ngantuk rasanye tau .
ape lg ambik la ksempatan 10 mlm terakhir ni utk cari mlm lailatul qadar ..fuhh..bestnye kalau dpt kan?
so kgkawan .. jom lah kita perbanyakkan amal ibadah di bulan mulia ni ..
oke lah . adah nak bersahur ni .
bye Assalamualaikum ..

Sunday 15 January 2012

apa yang special pada 'lelaki jambu'

Assalamualaikum . . . ??hye lolly?
baru hari ni adah ada mud nak update.sebelum ni memang takde mud gila.nak update pun taktau nak cerita apa.okey.aritu ada ada baca komen sorang budak ni kat status orang dalam FB,dia kata
"ee~kau suka PINK ehh?geli ahh~mat jambu.hahaha"

wahai perempuan~jangan kau berkata begitu pada lelaki.lelaki akan merasa tersisih nanti..korang perlu tahu ni.korang tak fikir ke apa keistimewaan dorang.fikir banyak kali sebelum mengucapkan suatu kata2 oke.?

adah tahu memang ramai yang geli or whtever kat lelaki macam ni.tapi kebanyakan lelaki jambu ni::

1.SETIA~hati lelaki ni tidak mudah untuk melepaskan pasangannya dan tidak mudah untuk menerima orang lain selain pasangannya.x FAHAM??hahaha.belit2 pulakk.x faham,faham2kan jelah.

2.MEMAHAMI~lelaki ni mudah memahami hati,perangai dan kerenah pasangannya.selalunya  mereka mampu menyelesaikan masalah pasangannya dengan memberi nasihat n bla3~

3.SABAR~jika pasangannya jenis banyak kerenah,lelaki ni tetap sabar dan sedia mendengar kerenah pasangannya.SEDIA MENJADI TUNGGUL KAYU.

4.HAPPY ALWAYS~walau sedih sekalipun lelaki ni tetap memaksakan diri untuk hepy.senyum..senyum dan senyum~~

5.AMBIL BERAT~mereka memang ambil berat dengan sepenuh hati pada pasangannya tetapi kekadang pasangannya rasa terkongkong jika terlalu diambil berat.sampai jumpa kawan laki pun tak boleh.tapi...pasangan tu untung dapat laki macam ni tau!.hahaha~

6.TAK MEROKOK.yess!! lelaki macam ni memang jarang sangat jumpa dorang merokok.tengok lelaki jambu,bibir pun merah jambu macam pelakon korea.hahaha.comel sangat!!macam nak kiss je kan??hahaha.kidding.

7.TAK EGO.selalu lelaki fikir ~gentlelah sangat~ mesti ego dia tinggi kan??lelaki jambu ni suka merendah diri.adah suka lelaki macam ni.lelaki tunjuk ego mudah prasan.memang PRASAN.wuekk!

8.SUKA BENDA YANG NAMPAK 'CUTE'~macam teddy bear!!angry birdlah domo kunlah~pape jelahh~~perempuan akan merasa lelaki ni cutezzzz.lelaki ni memang mudah didekati perempuan.tapi perempuan yang ta suka laki macam ni maybe taknak dekat la kot.

9.DISIPLIN.disiplin memang ada.kat sekolah dorang ni mesti skema kan??tapi baguslahhh.daripada melanggar peraturan lebih baik jadi skema je.biasalah tu budak2 memang suka ejek 'skema' tapi tulah yang terbaekk wey.apa yang bagusnya dapat laki yang suka langgar peraturan sekolah??bagitau cepat??hahaha.

oke.tu saja yang adah dapat kongsikan.ni berdasarkan pengalaman adah.tak tahulah korang macam mana pulak.kalau adah tersilap cakap ke apa,maaflah ye??.jika korang ada information baru pasal ni kongsilah dengan adah oke?.terima kasih baca entry adah.. :))

bye,assalamualaikum...?

Friday 13 January 2012

ada rahsia disebalik jenis darah??

Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.



  • JENIS DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan.

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

  • JENIS DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.


  • JENIS DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

  • JENIS DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Anda percaya? Terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri… :)
sumber:PakarHowTo


Monday 9 January 2012

saya secara rasminya menjadi lembaga??

salam,hye....
hehe..adah baru je balik sekolah belum mandi lagi ni..ngee~bushukk!!
kejap lagi mandi la...rileks dulu.
hahahh! adah bukannya jadi lembaga or hantu lahh..
09.01.2012 secara rasminya adah menjadi 'pengawas pusat sumber sekolah' untuk tahun kedua.
hihi~~
kita baru habis seminggu sekolah kan?? :)) tapi kitorang dah selesai upacara pelantikan ni.
awal kan??kitorang taknak lambat nanti mengganggu pembelajaran pulakk
haihh...tadi pon adah dah macam lembaga kat depan perhimpunan tu.
segan gila tahu..!!
nasib baik takde apa2 yg jadi.
kot2 tersandung ke terseliuh ke mana tahu kan.
masa nak ikrar tadi kaki adah terus panas macam nak jatuh je kat situ tapi tak jadi.
sebab apa??
sebab kalau pengsan kat situ lagilah malu.mesti upacara tu jadi tunggang-langgang.taknaklah!!
tapi segan gilalah nak pandang depan tu sebab adah kat depan pelajar lelaki...
mana tak malunya..
hahahh.adah pandang depan tak tahan gila nak ketawa..nak je ketawa kuat2 kat situ.
orang mesti pelik kenapa adah senyum2 sampai ke telinga.tak boleh nak coverlah senyum tu.
mulut tak boleh diam!nak je tutup muka.
lepas tamat perhimpunan kitorang ambil gambar sama-sama
tahu tak masa nak ambil gambar adah tertengok pelajar yang lewat datang sekolah
nak tau apa cikgu buat?
cikgu panggil sorang2 n rotan peha dorang kuat2.huhhh~mengerikan lah!
then cikgu potong rambut pelajar lelaki yang panjang.
ada yang kena lempanglah kena ketuk kepalalah.hurghhh~
langsung tak ada rasa belas kasihan.
huhh~~lega gila da tamat penerimaan watikah.cepat masa berlalu.
~jadi kenangan~
oke.itu sahaja stori saya yg membosankan...
jadikan pengajaran buat anda.jangan sesekali melanggar peraturan sekolah.oke.?
bye..assalamualaikum...??