VANYLLA'S LIFE

HELLO TO ALL OF YOU.SELAMAT DATANG KE BLOG Vanylla.. THANKS ..sila lah komen . sy mengharap komen anda .. ^^,

Sunday 18 December 2011

Beza antara suka dan cinta

Assalamualaikum..
ollaaa..




Kebanyakan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing - masing sama ada cinta atau suka , pasti mereka akan terdiam dan serba salah . huhu . Tak tahu jawapan mana satu yang tepat ! Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama jugak ada rasa suka . Namun harus diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza . Diakui , ramai yang keliru dengan istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perkara tersebut .



Kat bawah ni Adah akan senaraikan perbezaan antara cinta dan suka . Jadi , apa yang korang tunggukan lagi . Cepat ! Bandingkanlah di mana perasaan korang sekarang terhadap si dia :)





Di hadapan orang kita cinta , hati kita akan berdegup kencang ...

Tapi di depan orang yang kita suka , hati kita akan gembira ...





Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta , kita akan kaku ...

Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum ...





Di depan orang yang kita cinta , lidah kelu untuk berkata - kata ...

Di depan orang yang kita suka , lidah bebas berkata apa sahaja ...


Friday 16 December 2011

sepupu kecilku yang cumil lagi bergaya

Assalamualaikum
heloowe..

hari ni adah seronok tengok keletah sepupu adah yang comel ni
dah seminggu dia duduk sini coz mama dia nak belajar menjahit baju kurung
alhamdulillah dah jadi dah bajunya..heheee~
cantik jugak adah tengok
ehh! sambung cerita tadi balik,terlajak pulaak..ngee~
sepupu yang comel lagi gedik ni nama dia MARIA IRDINA
huhuu..cantikkan nama dia
dia ni kalau tak main je kerjanya mesti posing lah depan kamera
maklumlah adah ni suka ambil gamba dengan dia
haa..lagi la dia suka
lagi satu! dia ni memang suka buat memek muka comel !
nasib baikla dia ni memang comel macam cina
adah ni memang suka cubit pipi dia yang gebu macam pau!
memang! memang macam pau. hahahahah
meh adah tunjukkan sikit pic dia ni

Wednesday 14 December 2011

Keberkatan ayat Kursi untuk menghadapi mati


Barangsiapayang membaca ayat al-Kursi di akhir tiap solat waktu,Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur,perbuatan orang-orang yang benar,pahala nabi-nabi Allah dan juga Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

ALLAH tidak menegah dia masuk syurga.Allah s.w.t juga telah mewahyukan kepada Musa a.s iaitu barangsiapa yang sentiasa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu,Allah akan memberikan dia pahala orang yang sentiasa bertaqwa dan amalan-amalan orang yang sentiasa benar.
     Selain daripada itu,barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi,Allah akan mengutus tujuh puluh ribu malaikat kepadanya.Mereka sama memohon keampunan dan mendoakan baginya.
     Sesungguhnya sebesar-besar ayat dalam al-Quran ialah ayat al-Kursi.Barangsiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai hari esok.
     Dan barabgsiapa yang membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat.Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
     Mereka yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan pula nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Tuesday 13 December 2011

aku rindu kaulah kawan!!

hello..
tiba-tiba hari in adah rasa rindu pulak kat sesseorang
adah terbayang-bayang muka comel manisnya..
huhhuu.
hey,not my boyfriend oke. hikhokk
she is my bestfriend..NUR ALIYA AMIRA!
kalau cerita dengan adah mesti pasal bola lah.
hari tu dia ada cakap kat adah yang dia tiba-tiba suka lak cerita korea..
hahhah boleh pulak..
oke.takpe .TERUSKAN. hehehh!
meh adah tunjukkan sikit pic dia yang comel tu..

Friday 9 December 2011

aku tabik! kesabaran ayah!

beberapa minggu ni aku rasa sugul,sedih,kasihan pada ayah aku coz bulan ni entah kali ke berapa x dapat gaji.aku sedih tengok ayah aku tu..dia tepaksa bekerja sendiri menjual barang2 sekolah,offer macam2..penat gila !  
  ayah kerja dengan abang dia.tu kerja tetap dia.dia kerja dekat kedai jual barang2 sekolah.yang uruskan kedai tu isteri abang dia.mak long aku laa.   hehehhh,aku ni x berapa nak ambil tahu pasal kerja ayah,so x tahu nama tempat kerja ayah tu.ngee~  
  ayah selalu hantar barang2 sekolah dekat sekolah2.tapi bila x dapat gaji bulan ni ayah x kerja dengan mak long lagi coz
1st-x dapat gaji.
2nd-jauh.
3rd-kena ulang-alik hantar barang dan memerlukan pengisian minyak kereta yang penuh..nak isi hari2 mana ada duit. urm..pak long aku terpaksa bagi ayah aku duit 500 dulu..yela abang sendiri takkan x kesian dekat adik kot..tapi 500 tu mana cukup!! nak bayar bil la,kereta la,makan minum anak2 lagi..ishh..sedih aku.  
  mak long tu lagi 1..! dia yang guna semua duit yang untuk bayar gaji ayah tu 4 shopping!! gila! tahu la boros..tapi jangan la ambil semua duit dalam bank tu..and bulan 4 lepas kot anak mak long aku kahwin dia guna duit gaji tu.habis la semuanya..ehh..dia sendiri yang guna duit tu nak marah2 ayah aku pulak.bising sana sini kata duit dalam bank habis semua.membebel x tentu pasal. ..urm..aku tahu ini dugaan untuk ayah aku..    ayah kena sabar yee..kakak sayang ayah..semoga keluarga kita dimurahkan rezeki. aminnn..