Assalamualaikum..
ollaaa..
Kebanyakan orang apabila diajukan pertanyaan perasaan yang terbit dalam hati mereka terhadap pasangan masing - masing sama ada cinta atau suka , pasti mereka akan terdiam dan serba salah . huhu . Tak tahu jawapan mana satu yang tepat ! Ada rasa cinta dan dalam masa yang sama jugak ada rasa suka . Namun harus diingat cinta dan suka adalah dua benda yang berbeza . Diakui , ramai yang keliru dengan istilah ini kerana agak sukar untuk mengenal pasti dua perkara tersebut .
Kat bawah ni Adah akan senaraikan perbezaan antara cinta dan suka . Jadi , apa yang korang tunggukan lagi . Cepat ! Bandingkanlah di mana perasaan korang sekarang terhadap si dia :)
Di hadapan orang kita cinta , hati kita akan berdegup kencang ...
Tapi di depan orang yang kita suka , hati kita akan gembira ...
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta , kita akan kaku ...
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka , kita akan tersenyum ...
Di depan orang yang kita cinta , lidah kelu untuk berkata - kata ...
Di depan orang yang kita suka , lidah bebas berkata apa sahaja ...