VANYLLA'S LIFE

HELLO TO ALL OF YOU.SELAMAT DATANG KE BLOG Vanylla.. THANKS ..sila lah komen . sy mengharap komen anda .. ^^,

Wednesday, 14 December 2011

Keberkatan ayat Kursi untuk menghadapi mati


Barangsiapayang membaca ayat al-Kursi di akhir tiap solat waktu,Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur,perbuatan orang-orang yang benar,pahala nabi-nabi Allah dan juga Allah melimpahkan rahmat kepadanya.

ALLAH tidak menegah dia masuk syurga.Allah s.w.t juga telah mewahyukan kepada Musa a.s iaitu barangsiapa yang sentiasa membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat fardhu,Allah akan memberikan dia pahala orang yang sentiasa bertaqwa dan amalan-amalan orang yang sentiasa benar.
     Selain daripada itu,barangsiapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi,Allah akan mengutus tujuh puluh ribu malaikat kepadanya.Mereka sama memohon keampunan dan mendoakan baginya.
     Sesungguhnya sebesar-besar ayat dalam al-Quran ialah ayat al-Kursi.Barangsiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai hari esok.
     Dan barabgsiapa yang membaca ayat al-Kursi di akhir setiap solat.Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
     Mereka yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan pula nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya.

     Terdapat banyak hadis yang menerangkan tentang kelebihan ayat al-Kursi dalam tujuan mengelakkan diri,keluarga,rumahtangga,harta benda daripada gangguan iblis dan syaitan juga daripada gangguan manusia terutamanya pencuri.
      Di antaranya ialah dalam surah al-Baqarah ada satu ayat,penghulu ayat-ayat al-Quran,tidak dibaca dalam sebuah rumah yang ada di dalamnya syaitan kecuali ia keluar darinya iaitu ayatal-Kursi.
      Dari Abi Ayyub ia telah berkata, “Aku telah menangkap satu jin betina.Maka ia berkata kepada aku,lepaskan daku nescaya aku akan ajarkan dikau sesuatu.Apabila engkau baca akan dia,tidak akan memberi mudarat akan dikau oleh salah satu daripada golongan kami! Aku berkata:Apa dia? Ia menjawab:Ayat al-Kursi.Maka aku pun memberitahu baginda s.a.w lalu dijawab oleh baginda:Benarlah,walaupun dia pembohong.”
      Oleh itu orang yang membaca ayat al-Kursi selepas menyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehinggalah solat beriktnya.Ia bermaksud bahawa sekiranya seseorang itu membaca ayat al-Kursi selepas solat Subuh,dia akan dipelihara oleh Allah sehingga solat Zuhur.Begitulah seterusnya kalau ia membaca ayat tersebut selepas solat Zuhur,di mana dia akan dipelihar oleh Allah sehingga solat Asar.
      Keterangan di atas memperlihatkan fadilat ayat al-Kursi di mana dengan membacanya seseorang itu akan mendapat manfaat besar untuk kesejahteraan diri di sepanjang hari.Allah akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan hendak tidur untuk menjaganya daripada segala bahaya sehinggalah tiba waktu Subuh.
      Allah menjadikan manusia itu terdiri daripada jasad,roh dan akal.Daripada unsur-unsur inilah maka lahirnya perasaan,ada rasa malu,bertimbang rasa dan boleh memikirkan sesuatu sama ada sesuatu perbuatan itu salah atau tidak.Dari sinilah maka manusia akan bertindak menurut logik akal.Dengan akal manusia juga berupaya berfikir tentang adanya Allah berdasarkan bukti-bukti yang ada di sekelilingnya juga dalil-dalil naqliy yanng diambil daripada al-Quran.
      Untuk melahirkan manusia yang waras,ketiga-tiga unsur iaitu jasad,roh dan akal mesti wujud dan berfungsi dengan sempurna.Tanpa jasad,makhluk yang dipanggil insan tidak akan wujud.Tanpa roh,manusia akan mati sekiranya roh itu dirujuk sebagai nyawa.Dalam keadaan seumpama ini,roh itu tidak ubahnya seperti lampu yang menyinari bangunan.Apabila lampu padam maka gelaplah bangunan itu.Tanpa akal pula manusia akan jadi tidak siuman.

sumber dari buku 'Zun Nurain'

No comments:

Post a Comment

hye..
u can post your COMMENT here..